Kamachan Syashin Story

 
Kisah Lalu
Capaian
Rangkaian
Menarik
Persuratan.
30 June 2007
Persuratan. Batu yang diguris meninggalkan maklumat berkekalan. Peti pos yang setia berdiri menjalinkan hubungan diantara pengirim dan penerima surat. Sesuatu yang unik apabila saya melihat pasangan ini berdiri di antara satu sama lain, seolah ingin menyampaikan sesuatu seiring dengan masa yang berlalu.

10 tahun yang lalu semasa saya masih menuntut, saya sering menghulurkan warkah-warkah pengutus rindu buat keluarga ke dalam peti ini. Peti merah ini banyak berjasa kepada kami yang senantiasa mendesak untuk mengkhabarkan rasa hati kesepian di perantauan.

Namun begitu kehadiran teknologi persuratan elektronik, telah membuatkan saya lupa untuk terus menghulurkan warkah-warkah rindu itu lagi. Hanyut dengan alam maya yang tidak menjanjikan suatu rasa kerinduan menerusi titik-titik hitam di papan skrin, yang tidak boleh menandingi kehitaman dakwat yang ditarikan di atas kertas, memberikan lebih perisa pada rindu itu.

Seolah-olah seperti memanggil saya untuk kembali menghulurkan tangan ke bibir peti ini. Di setiap ceruk bandar kemerahan mereka mengamit mata saya untuk mereka diingati. Kewujudan mereka pastinya menjadi penyebab kepada sesuatu penjuru menjadi lebih menarik untuk saya terus merakamkan kesetiaan mereka.
posted by Kamachan 9:55 PM   |